.........

.........
Assalamualaikum ! Semoga Kalian Semua Sentiasa Diredhai oleh-Nya..(^^,)

Sunday 18 May 2014

Kisah Seorang Pelajar UIAM Yang Telah Bermimpi Berjumpa Rasulullah ﷺ Sewaktu Berada Dalam Mehnah Allah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah .. sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk bertemu Rasulullah SAW. 

Melalui mimpi hari Khamis;16 Rejab 1427H bersamaan 10 Ogos 2006.
Nama yang di pilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud ` kesayanganku ‘ ,gelaran Rasulullah kepada puteri kesayangan Baginda,Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi mutiara kesayangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah,doa sang ayah dimakbulkan Allah selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya dari 8 orang adik beradik. Alhamdulillah, Al Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk habis menghafal 30 juzuk kalamullah ketuka di negeri kelahirannya. Beliau menghafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka yang enjadi seorang Hafiz atau Hafizah. Sebagai anak yang sulung,beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya. 
Subhanallah… Hampir setiap hari di waktu sucinya,beliau menghafal 2 mukasurat Al Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya di sana. Sekarang beliau merupakan pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah, Insha Allah.
Akak ni memang di uji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya. Tambahan pula dengan kakinya yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tidak pernah sembuh. Pernah suatu ketika selepas menjamah makanan,beliau lalu muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.Allahuakbar…Penderitaannya hanya Allah dan dia sendirilah yang tahu. Telah sekian lama juga dia tidak berdaya untuk hadir ke kuliah kerana sakitnya membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut tubuh badannya hamper 13kg. Beliau hanya menggagahkan dirinya untuk pergi berwuduk 2 hingga 3 kali sehari. Wuduk yang di ambilnya itu di jaganya sebaik mungkin untuk ibadahnya sepanjang hari. Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dengan membaca Al Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau telah banyak berikhtiar berubat merata tempat,di negeri kelahirannya berjumpa dengan doctor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan Islam sendiri dan akhir sekali dengan seorang lecturer di sini tetapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan,setiap kali beliau sakit,banyakkan baca surah Al Baqarah.
Pagi Khamis itu,beliau berniat untuk hadir ke kuliah sebab dah lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4:30 pagi untuk solat malam. 
Berbekalkan sedikit sisa-sisa kekuatan yang digagahkan,beliau ke bilik air untuk berwuduk dengan memapah dinding dan apa yang mampu untuk membantu beliau berdiri. Habis berwuduk, beliau terjatuh tersungkur,rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang.Masa tu, beliau sudah tak mampu berdiri.., jester beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu itu ,disebabkan oleh sakit yang mungkin sudah tidak tertanggung,dengan spontan beliau niatkan: “ Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku,aku redha..tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup,aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah SAW sendiri .. . .” Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan beliau dibaringkan di sana. 
Pada waktu itu,sahabat-sahabat dah forward message pada kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yaasin sebab beliau kelihatan seperti hampir nazak. Semua sudah bersedia dengan nombor ahli keluarga beliau untuk dihubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. 

Kira-kira jam 11 pagi beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilulah.., 
dalam tidurnya, beliau mendapati diri beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali..,kira-kira dua meter dari beliau. Wajahnya . . Subhanallah,indah sekali. Tidak dapat hendak digambarkan dengan kata-kata. Beliau tertanya-tanya..,siapa orang ini,cantik sekali kejadiannya dan hati beliau merasa begitu tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian hamba Allah itu mengatakan : `` Assalamualaikum, Ana Rasulullah ‘’. Subhanallah,Baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu Baginda. Beliau Nampak dengan jelas mata Baginda Nabi,janggut Baginda, rambut Baginda,kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan:`` Enti fil masjidi ’’ , { sekarang enti [kamu] berada di masjidku, Masjid Nabawi }. Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi SAW berkata: " Qalallahuta’ala; ``Innallahama’assobirin ‘’ , { sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar }. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan ( dalam lughatul `arabiah,tapi ana terjemahkan ) ,`` Yaa Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dengan berkat Al Quran yang enti pelihara di dalam hati enti,maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana’’ Ketika Nabi sebut Yaa Syamimi, terlintas di hatinya `` Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda ‘’ Yaa Rasulullah … Waktu itu dirasakan betapa Maha Baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan, `` Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, Insya Allah kita akan berjumpa nanti ‘’ selepas itu Nabi kita lafazkan, `` Ummati…, Ummati…, Ummati…, ‘’ dan beliau nampak Baginda menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda pergi. Beliau merintih, `` Jangan pergi Ya Rasulullah ‘’ , tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tidak pernah bersua dengan Nabi kita yang mulia, Baginda kenal kita dan senantiasa ingat ummat Baginda. Beliau katakan, tak pasti apakah Baginda Nabi menangis kerana rindu kepada ummat Baginda atau mungkin sahaja Baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau… tak taulah, Wallahua’lam.. Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya,beliau dikelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya, `` Jangan pergi Ya Rasulullah … ‘’ . Kemudian beliau pun menceritakan kepada kawan-kawannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda, salam daripada Nabi SAW. Semuanya menangis, lantaran rindu kepada Baginda Nabi SAW. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang kepada Baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di Akhirat kelak. Ya Allah, di waktu itu tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk dirafa’kan kepada Allah atas nikmat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya untuk menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi daripada Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Baik Lagi Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular dalam tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian usai solat Zuhur,rasa sakit yang beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri sendiri untuk tidak menangis. `` Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ni berbanding dengan nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat dan bertemu Baginda Nabi SAW ‘’ . 

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan, Beliau katakan : `` Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hamba-Mu yang hina ni..rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah… ‘’ Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, `` Assalamualaikum Yaa Syamimi, Rasulullah SAW sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah SAW. `` Nahnu Khulafa’ Ar-Rasyidin ‘’ Ana Abu Bakr, ini Umar Al-Khattab, Uthman Bin ‘Affan dan ‘Ali Karamallahuwajhah. ‘’ Subhanallah.., Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. Beliau Nampak Saidina abu Bakar.., amat lembut perwatakannya. Saidina Umar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..” Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .Waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah S.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya.Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah.Kemudian kawan-kawannya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah...dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar biliknya. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua kawan-kawannya yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhuk. Dengan tubuh yang `baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..” 

Beliau berpesan pada kami; “ Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5minit..dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…" Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan,dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui Ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini Ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)"
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W…Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir..Insya Allah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..
Wallahu’alam..
p/s : copy paste ~
         Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran berdasarkan kisah ini. 
          UJIAN ITU TIDAK AKAN ADA HENTINYA. SELAGI KITA MASIH HIDUP ,
SELAGI ITULAH KITA DIUJI.
UJIAN ITULAH JALAN UNTUK KITA MENGENAL ALLAH.

No comments:

Post a Comment