.........

.........
Assalamualaikum ! Semoga Kalian Semua Sentiasa Diredhai oleh-Nya..(^^,)

Monday 6 January 2014

Terima kasih

Terima KasihiamNEETA

Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang, datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai Semua ku simpan didalam hati Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang, datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatkan padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai Semua ku simpan didalam hati Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati


Posted via Blogaway

Sunday 5 January 2014

bUaTmU sAhAbaT

Assalamualaikum,,
Ntah kenapa malam ni terdetik rasa dihati ini ingin menjenguk blog aku yang xseberapa ni..
Tetiba terlintas di fikiran aku saat ini kenangan semasa di matrikulasi dulu,,

Saat gembira bersama kawan-kawan,
Saat meluah kan perasaan tidak puas hati,
Saat aku menangis,kawan² ada menyua kan bahu untuk mengurang kan rasa,
Saat hati tak mampu menanggung pedih nya hidup disana,
Saat suka dan duka bersama,
Saat menangis bersama,
Saat tak bertegur sapa sementara..

Subhanallah,
Laillahailallah,
Allahurabbi,

Aku rindu saat itu,
Disana aku belajar erti sahabat,
Disana aku belajar erti perjuangan,
Disana aku belajar hidup berdikari,
Disana aku belajar hidup sendiri,
Disana juga aku belajar segala² nya..

Kenangan,
Segala nya tinggal kenangan kini,
Semua sahabat² ku menuju dan mengejar cita dan cinta masing²..
Walau dimana pun kamu berada wahai sahabat,
Aku disini sentiasa mendoakan kejayaan kamu ..

Teruskan !
Teruskan berlari !
Jangan pernah berpaling lagi !
Teruskan mengejar cita²mu serta cinta-Nya..
Jangan pernah lupa pada yang maha berkuasa..
Teruskan berdoa sayang..
InshaALLAH,,
Kejayaan milik kita !
Aminnn (^^,)


























































Psstt : Buat semua sahabat-sahabat aku di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS :)
- Sutera Bidadari -

Posted via Blogaway

Friday 3 January 2014

SaYa

Saya,,

Saya baru sahaja ingin berubah menjadi lebih baik,
Menjadi lebih baik daripada baik,
Tolong,,
Tolong jangan hina,cemuh,maki saya sesuka hati awak,

Saya juga punya rasa,
Saya juga punya hati,
seperti manusia lain,
Apakah salah jikalau saya ingin kembali kepada fitrah saya,
Iaitu mencintai dan mencari redha Ilahi.

Saya yakin !
Yakin seratus peratus bahawa semua manusia ingin berubah,
Pasti walau sekali,seketika,sekejap cuma,
Saya yakin ada terdetik dihati kalian ingin berubah,
Bukan cuma saya sahaja.

Oleh itu,
Wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi dan sayangi,
Bimbing lah saya,
Ajari lah saya,
Tunjuk kan lah saya,
Perbetul kan lah saya,
Dan tegur lah saya jika saya salah..

Yang dinama kan manusia tu,
Tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Jika kamu lebih baik dari saya,
Bantu saya,
Pimpin saya,

Jangan dihina insan yang baru ingin berhijrah menjadi lebih baik,
Jangan ditohmah insan tersebut..

Jika kamu rasa kamu tidak dapat memberi manfaat kepada mereka,
Maka diam lah.
Kerana itu lebih baik daripada mencerca tidak kira masa.

*lembaran kertas itu dilipat-lipat cantik untuk membentuk sekeping hati,,didalam nya terisi luahan rasa hati si gadis bertudung labuh dan manis itu..
Biar lah,,
Biar lah hanya dia yang mengerti rasa itu..
Hanya dia..*

Psstt : Jadi insan yang cantik dimata ALLAH,bukan hanya cantik dimata manusia :)

- Sutera Bidadari -


Posted via Blogaway

Thursday 2 January 2014

ToLaKaN


Cerita nya bermula begini :

Seorang perempuan meluahkan rasa suka kepada seorang lelaki tetapi hasratnya ditolak.
Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih. Kenapa ye??

Kawannya bertanya :

"Kenapa kamu tak sedih?"

Perempuan tersebut menjawab dengan tenang :

"Mengapa patut saya bersedih? Saya hanya kehilangan seorang lelaki yang tak pernah mencintai saya, sedangkan dia kehilangan orang yang benar2 mencintainya. Mungkin ALLAH dah tentukan jodoh saya dengan orang yang lagi baik dari dia..
kan?

#InshaALLAH (^^,)

- sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang :) -

Segala nya milik ALLAH,,
tak perlu berduka sayang,,
Yakin lah pada ketentuan Nya..

- Sutera Bidadari -



Islamik Kapel ke ???

Assalamualaikum !!
Kali ni kita bincang pasal islamik kapel plak erkk :)..ISLAMIK KAPEL ?? Ape maksud nya ye?? Ermm dengar orang cakap,maksud dia lebih kurang macam ni lah ehh :

Situasi 1

Adalah pasangan kapel ni,si A dan si B..dipendek kan cerita,diorang kapel,xpenah buat hal yang pelik-pelik,atau orang kata hal yang jahat lar kan seperti pegang tangan dan sama waktu dengannya lar..haaa kalau diorang keluar "dating" pon,duduk jaoh-jaoh ..sorang duduk hujung sana,sorang duduk hujung sini..tapi diorang pasangan kapel taw..lepas tu,diorang dua bukak lar kitab ke ape ke kt depan diorang,.tak buat benda pelik lar kan..

Oke,tu dinamakan "islamik kapel"
Sekarang lihat situasi yang ke 2 pulak ye..

Situasi 2

Si C ni baru sahaja memeluk agama islam..dulu-dulu dia agama lain,iaitu kristian..si C ini pengemar daging babi,,si C ni pernah terserempak dengan pasangan kapel td dan bertanya si A..

"Siapa si perempuan itu?"

Si A menjawab "ini kekasih(kapel) aku..kenapa?"

Si C berasa pelik "bukan kah didalam islam melarang mendekati zina (kapel),macam mana boleh ........?"

Lalu si A menjawab "ehh kitorang islamik kapel,blh je"

Lalu si C yang baru sahaja menganut islam dan tidak mempunyai pengetahuan yang luas lagi tentang islam hanya mengangguk kepala.

Oke,berbalik kepada cerita si C yang pengemar daging babi dan tidak dapat meninggal kan tabiat nya memakan daging babi ini telah mendapat satu idea berdasarkan perbualan tadi..

Ape yang si C buat ?? Haa jeng jeng jeng

Si C telah pergi ke kandang babi,dan menunggu seekor ibu babi yang sarat mengandung melahirkan anak nya..setelah anak babi tersebut lahir,maka nya si C terus meng'azan' kan anak babi tersebut..lalu si C membela anak babi tersebut dengan menyedia kan makanan yang halal utk anak babi tersebut makan sehingga membesar dan gemuk..apabila anak babi tetsebut besar dan gemuk,si C pon menyembelih anak babi tersebut dgn cara islam..
N then si C pon makan anak babi tersebut selepas merawat,menjaga n menyembelihnya seperti cara islam..

Haaa persoalan nya sekarang,boleh kah si C melakukan sedemikian ?? Halal ke tak halal ??

Jawapan nya tak halal(haram) kan..tak kira walau camne cara sekali pon kita buat utk menghalalkan sesuatu yang haram,,tetap dikira haram..bukan kita yang tetap kan hukum halàl haram ni..ALLAH yang tetap kn..

Nahh begitu jugak dengan situàsi 1 diatas,,cuba sama kan kedua-dua situasi tersebut..boleh ke tak ???

La takrabuu zinaa
( jangan lah kamu mendekati zina ) sesungguhya ia adalah akar kepada maksiat

Haaa lu pikir lar sendiri yerrr :)

Ingat sahabat !
Matlamat tidak menghalalkan cara

Oke,tu je lar nak cite,,
Agak panjang kan? Kerna itu kamu perlu berfikir sedikit..
Apa guna nya akal kalau bukan utk menilai hal yg baik n buruk kan?    

Psstt : kalau ada salah,tolong tegur elok2 yerr,sy terima dgn hati terbuka (^^,)

- Sutera Bidadari -  


Posted via Blogaway

Wednesday 1 January 2014

AKu jUgA pUnYa HaTi

"HATI"

Kadang-kadang aku tak faham dengan hati aku sendiri,
Dan aku jamin 100% yang orang lain pun tak akan dapat faham dengan hati ini..
Kerna mereka juga punya hati.

"HATI"

Sebenar nya apa yang mahukan sayang ??
Berterus-terang lah padaku,
Agar bisa aku merawat mu wahai hati..

"HATI"

Ikhlas kan segala-galanya sayang,
Agar engkau mampu kecapi bahagia seperti yang lain,
Agar engkau mampu tersenyum manis dikala engkau disakiti,
Agar engkau mampu membersihkan dirimu sayang..

Ikhlas dan redha kan lar atas segala nya wahai hatiku sayang

- perempuan itu menutup laptop nya setelah meluahkan segala kesakitan dan rasa hati didalam diari hidup nya : blogging -

Aku juga punya hati : Sutera    
                                     Bidadari


Posted via Blogaway

kiTa hAnYa sEoRAnG HAMBA



Manusia,,

sering lupa bahawa hidup didunia hanya sementara,

sering alpa dengan nikmat dunia yang seketika,

Usah dipersoal mengapa permintaan kita itu dan ini tidak dikabulkan Allah..

sedang perintah Allah yang satu ini (solat) pun belum dilakukan dengan sempurna.



Terkadang lambat..

Terkadang malas..

Terkadang tidak khusyuk..

Terkadang tinggal terus..



Permintaan kita mahu segera..

Perintah Allah kita lambat buat..



Sekarang..

cuba renung seketika..

kita ni siapa ??

Yaaa betul..! Kita cumalah HAMBA..!

HAMBA biasa yg kerdil,hina dan sentiasa mendambakan kasihNya..



psssttt : Renungkan lah wahai sahabat :)
( Sutera Bidadari )


~ jOdOh ~

"Kau tak kisah?"


"Kisah apa?"


"Kalau orang yang kau suka, berjodoh dengan orang lain?"


"Jodoh itu Tuhan yang tuliskan. Aku sebagai hamba yang sudah dituliskan takdir, nak tak nak, kena akur."


"Tapi ini soal rasa. Dan rasa itu sekali membekas, sampai bila-bila."


"Jadi?"


"Takkan tak rasa kecewa sikit pun?"


"Tuhan tak suruh kita mencintai yang lain, sebaliknya mencintai DIA. Memang rasa suka tu fitrah, kita boleh je pilih untuk tak letak harapan."


[Harapan itu akar kepada masalah sakit hati. Expectation is the root of all heartache.]



Note To Hamba : Sutera Bidadari ( insan kerdil )