Orang dahulu pernah menyebut,
“jika benar
cinta,mana buktinya?”
Yup,sebilangan manusia ada yg terang-terangan mengaku bahawa
mereka mencintai Allah SWT.
Iyew,bagi saya tidak lah salah hendak mengumumkan cinta.
Rasulullah SAW sendiri secara terang-terangan menyatakan bahawa Baginda
mencinta Allah SWT.
Selain itu terdapat banyak juga lagu-lagu nasyid yang telah
tercipta untuk memanesfestasikan rasa cinta kepada Allah SWT didalam setiap bait-bait
lirik yang saban hari kita dengari. Maksudnya,ramai manusia mengaku bahawa
mereka mencintai Allah SWT,,
tetapi apa buktinya yang menunjukkan bahawa kita benar-benar
mencintai Allah SWT ??
Disini saya ingin berkongsi beberapa hal yang boleh kita
praktik kan untuk membuktikan cinta kepada Allah SWT. Saya perolehi sumber ini
didalam pembacaan satu artikel yang bertajuk,
“ Bukti-bukti cinta
kepada Allah “
Bukti-bukti cinta kepada Allah SWT ada Sembilan..
Ermmm banyak jugak kan,,mari kita audit satu-persatu.
Pertama : Cinta
kepada kematian.
Orang yang bercinta tentunya tidak keberatan meninggalkan
kediaman atau tempat tinggalnya untuk menemui kekasihnya..Betul kan?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa lebih suka berjumpa Allah SWT maka Allah juga suka
menjumpainya.”
(Riwayat Muttafiqun
Alaih )
Menjelang kematiannya, Huzaifah RA berkata :
“ Kekasih hendak datang. Tidak ada kemenangannya disesali.”
Seorang salafi pula berkata :
“ Tidak ada sesuatu perkara yang lebih disukai oleh Allah
pada sesorang hamba setelah kecintaan berjumpa dengan Allah, kecuali banyak
sujud.”
Kedua : Berjihad
dijalan Allah SWT.
Berperang dijalan Allah SWT ( Fi sabilillah ) adalah antara
salah satu cara untuk membuktikan kebenaran cinta seorang hamba yang
benar-benar mahu bertemu Allah SWT :
“ Sesungguhnya aku
cinta Allah kerana itu berperang dijalan Allah dijadikan saksi sebagai salah
satu tandanya.”
Allah berfirman yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah
menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur.”
(Ash-Shaaf: 4)
Said bin Musayab dan Bisyr al-Hafi berkata :
“ Tidak ada orang yang benci mati selain orang yang ragu.
Kerana seorang kekasih dalam segala waktu pun tidak akan pernah benci berjumpa
dengan kekasihnya,”
Ketiga : Menundukkan
hawa nafsu.
Allah SWT memberikan sifat orang yang sangat mencintai-Nya :
“ Mereka mencintai
orang yang berhijrah kepada mereka dan mereka tidak menaruh keinginan dalam
hatinya terhadap barang-barang yang diberikan kepada mereka ( Kaum Muhajirin )
dan mereka mengutamakan orang itu atas diri mereka sendiri walaupun mereka
memerlukan barang-barang yang mereka berikan itu.”
(Al-Hasyr:9)
Sahal pernah berkata :
“ Tanda cinta kepada-Nya adalah mendahulukan Allah atas diri
sendiri.”
Setiap orang yang mentaati Allah itu hanyalah orang yang
menjauhi larangannya. Disamping itu,orang yang mencintai Allah juga akan
meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Keempat : Sentiasa
berzikir kepada Allah SWT.
Lisannya tidak bosan dan tidak pernah jemu menyebut n
berzikir kepada Allah. Suka menginggati Allah, suka membaca Al-Quran, mencintai
Rasul-Nya dan mencintai orang yang mencintai Rasul-Nya serta agama-Nya. Oleh
itu dia akan meniru segala yang dilakukan oleh orang yang mencintai Rasul-Nya
serta agama-Nya.
Sufyan berkata :
“ Sesiapa yang mencintai orang yang mencintai Allah SWT,
Sesungguhnya ia telah mencintai Allah. Sesiapa yang memulikan orang yang
mengagungkan Allah sesungguhnya ia telah mengagungkan Allah.”
Kelima : Bermunajat
kepada Allah SWT.
Mempergunakan kesempatan beribadat kepada Allah pada waktu
malamyang penuh ketenangan adalah merupakan salah satu cara atau bukti yang
boleh kita praktik kan.
Ibrahim bin Adham pernah ditanya sewaktu turun dari
gunung,lalu menjawab :
“ Daripada bersenang-senang dengan Allah.”
Antara tanda cinta kita kepada Allah SWT adalah suka
bersenang-senang sewaktu bermunajat dengan kekasih yang dicintai.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. pernah berkata :
“ Sesiapa merasakan kenikmatan kejernihan mencintai Allah,
nescaya perhatiannya tercurahkan kepada-Nya dibandingkan semua manusia.’
Muthraf Abu Bakar pula berkata :
“ Orang yang mencintai itu tidak pernah bosan berbicara
dengan kekasihnya.”
Keenam : Tidak
berduka dengan kehilangan sesuatu.
Seseorang yang menyintai Allah SWT tidak akan berduka ketika
mengalami musibah atau kehilangan sesuatu. Sebaliknya dia akan lebih berduka
apabila kehilangan waktu untuk bezikir serta bermunajat kepada Allah dan
melakukan amal ketaatan.
Ulama golongan Al-Arifin berkata :
“ Sesungguhnya Allah mempunyai sejumlah hamba yang sangat
mencintai-Nya dan memperolehi ketenteraman bersama-Nya. Kehilangan aa sahaja
yang dialami tidak meninggalkan bekas sama sekali. Mereka tidak begitu
memerhatikan urusan yang berhubung kait dengan keperluan dirinya. Itu terjadi
kerana kekuatan yang menguasai diri mereka untuk sempurna dan apa sahaja yang
dikehendaki mudah didapati maka apa sahaja yang terlepas daripada mereka,maka
direnungkan secara baik.”
Ketujuh : Nikmat
melaksanakan ketaatan.
Kewajipan yang diperintahkan Allah dilaksanakan tanpa merasa
terbeban atau pun susah.
Ulama Sufi berkata :
“ Aku bangun pada tengah malam selama 20 tahun, selama itu
aku benar-benar menikmatinya.”
“ Beramal atas dasar kecintaan tidak akan meletihkan badan.”
Orang yang mengalami kerinduan tidak akan merasa berat
menempuh perjalanan untuk memenuhi keinginan bertemu kekasihnya.
Kelapan : Menjalinkan
kasih-sayang sesama makhluk.
Orang yang menyintai Allah akan bertindak keras terhadap
musuh Allah dan juga orang yang memandang ringan akan perkara yang tidak
disukai Allah SWT.
Firman Allah SWT :
“ Mereka keras terhadap
orang kafir, tetapi kasih-sayang terhadap sesame mereka.”
(Al-Fath:29)
Bahkan, tidak takut kepada hinaan dan celaan orang dan
berani menghadapi kemarahan mereka kepada Allah. Mereka adalah golongan yang
amt berani dan tidak akan pernah sesekali gentar akan apa-apa ancaman kerana
mereka tahu,syurga telah tersedia buat mereka selepas kematian.
Kesembilan : Takut
berpaling daripada Allah SWT.
Kita sebagai hamba perlu menetapkan kecintaan dan ketaatan
kita hanya kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar jangan membolak-balik
kan hati kita setelah diberikan rahmat dan hidayah daripada-Nya.
Bersyukur lah kita dilahirkan serta dibesarkan dalam islam.
Tapi ingat,jangan islam hanya pada i/c sahaja,,berubah lah secara perlahan-lahan
menjadi islam yang benar-benar islam.
Nahhh !..
Diatas itu terdapat beberapa bukti yang boleh kita praktik
kan serta audit kan didalam diri kita.
Ermm adakah kita mempunyai paling kurang salah satu daripada
bukti-bukti ini ?
Mari sama-sam kita mengaudit diri kita.
Saya hamba,
Awak hamba,
Kita hamba,
Owkayhh !! sebagai hamba,mari sama-sama kita menujukkan bukti
bahawa kita benar-benar mencintai Allah SWT. Ingat,,jangan hanya dibibir sahaja
(^^,)
P/S : Peringatn buat hamba juga.
(Sutera Bidadari )
(1/2/2014)
(1:34 am )