.........

.........
Assalamualaikum ! Semoga Kalian Semua Sentiasa Diredhai oleh-Nya..(^^,)

Monday 31 March 2014

10 TIPS Untuk Bertudung LABUH

10 TIPS Untuk Bertudung LABUH

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8 ) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Tips oleh: DR HJ MOHD SHAFIE

p/s : Juz copy pasta jep :),,
       inshaAllah,sy dalam proses jgk !
       Doa n support kan sy jgk yerr (^^,)

Gambar: 10 TIPS Untuk Bertudung LABUH

ezzahislam.com

^_^

Monday 24 March 2014

Kisah Benar : Kenapa Tak Rogol Saya ?? ( Kekuatan DOA )

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??

Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab..selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level iman kita sekarang ini ?Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam..

---------------------------------------------------------------------------------

Sebarkan kepada rakan-rakan anda

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday 19 March 2014

Bercinta Sampai Syurga ♡♡♡

Lelaki : assalamualaikum bidadariku ~ 
setiap hari selepas baca alQuran, sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis.. kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : waalaikumussalam...orang merajuk...

Lelaki : laa...kenapa ni??

Wanita : semalam abang ponteng tahajjud !! sayang call kejut abang tak jawab..

Lelaki : astagfirullahal'azim..abang penat + malas semalam...

Wanita : tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2..

Lelaki : hmm..betullah tu..abang mintak maaf..

Wanita : kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal..bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah..macam mana kita nak jumpa? sayang tak mahu berpisah dengan abang.. abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki : (mengalir air mata).. semoga ALLAH ampunkan abang...malam ni abg tak malas2 lagi ye.:)

Gambar: Lelaki : assalamualaikum bidadariku ~ setiap hari selepas baca alQuran, sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis.. kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : waalaikumussalam...orang merajuk...

Lelaki : laa...kenapa ni??

Wanita : semalam abang ponteng tahajjud !! sayang call kejut abang tak jawab..

Lelaki : astagfirullahal'azim..abang penat + malas semalam...

Wanita : tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2..

Lelaki : hmm..betullah tu..abang mintak maaf..

Wanita : kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal..bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah..macam mana kita nak jumpa? sayang tak mahu berpisah dengan abang.. abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki : (mengalir air mata).. semoga ALLAH ampunkan abang...malam ni abg tak malas2 lagi

jom like!!! ~~~

p/s : ni untuk yg da kahwin k,,yg belom kahwin tu jgn nak ngada-ngada taw !! 
Tumbuk karang..dush dush dush !! *tumbuk* ^^,
errrrr,aku pon belom kahwin,,saje jeee ni..hehehe *senyum malu*
Status : Sedang Mencari ~

Monday 17 March 2014

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca ツ

Gambar: Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

Jangan lupa untuk klik SHARE... Wallahualam..

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

-semua nya tidak mustahil dgn kuasa Allah ツ -

p/s : Sharing is Caring  ツ

Sunday 16 March 2014

Lau Kana Bainana ya Habib

Lau Kana Bainana ya Habib ..

Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
Syafaati lar kami wahai Rasulullah..
.................................................................................................................

Gambar: Suatu cerita daripada Abu Talhah r.a : 

Kami pernah mengadu kepada Nabi S.A.W lapar, Maka kami angkat daripada perut kami, maka kami tunjuk kepada Nabi S.A.W batu sebiji sorang di perut kami, Kami ingkat diperut tanda kami sedang kelaparan.. Maka Nabi S.A.W pun angkat baju Nabi S.A.W... ada dua biji batu di perut Baginda S.A.W maknanya 4 hari sudah tak makan.

ALLAHUROBBI

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD, WA ALA AALII SAIYIDINA. <3