.........

.........
Assalamualaikum ! Semoga Kalian Semua Sentiasa Diredhai oleh-Nya..(^^,)

Thursday, 20 February 2014

BUKTI CINTA KEPADA ALLAH..



Orang dahulu pernah menyebut,
“jika benar cinta,mana buktinya?”
Yup,sebilangan manusia ada yg terang-terangan mengaku bahawa mereka mencintai Allah SWT.

Iyew,bagi saya tidak lah salah hendak mengumumkan cinta. Rasulullah SAW sendiri secara terang-terangan menyatakan bahawa Baginda mencinta Allah SWT.

Selain itu terdapat banyak juga lagu-lagu nasyid yang telah tercipta untuk memanesfestasikan rasa cinta kepada Allah SWT didalam setiap bait-bait lirik yang saban hari kita dengari. Maksudnya,ramai manusia mengaku bahawa mereka mencintai Allah SWT,,
tetapi apa buktinya yang menunjukkan bahawa kita benar-benar mencintai Allah SWT ??

Disini saya ingin berkongsi beberapa hal yang boleh kita praktik kan untuk membuktikan cinta kepada Allah SWT. Saya perolehi sumber ini didalam pembacaan satu artikel yang bertajuk,
“ Bukti-bukti cinta kepada Allah “
Bukti-bukti cinta kepada Allah SWT ada Sembilan..
Ermmm banyak jugak kan,,mari kita audit satu-persatu.

Pertama : Cinta kepada kematian.

Orang yang bercinta tentunya tidak keberatan meninggalkan kediaman atau tempat tinggalnya untuk menemui kekasihnya..Betul kan?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa lebih suka berjumpa Allah SWT maka Allah juga suka menjumpainya.”
(Riwayat Muttafiqun Alaih )
Menjelang kematiannya, Huzaifah RA berkata :
“ Kekasih hendak datang. Tidak ada kemenangannya disesali.”
Seorang salafi pula berkata :
“ Tidak ada sesuatu perkara yang lebih disukai oleh Allah pada sesorang hamba setelah kecintaan berjumpa dengan Allah, kecuali banyak sujud.”


Kedua : Berjihad dijalan Allah SWT.

Berperang dijalan Allah SWT ( Fi sabilillah ) adalah antara salah satu cara untuk membuktikan kebenaran cinta seorang hamba yang benar-benar mahu bertemu Allah SWT :
“ Sesungguhnya aku cinta Allah kerana itu berperang dijalan Allah dijadikan saksi sebagai salah satu tandanya.”
Allah berfirman yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur.”
(Ash-Shaaf: 4)
Said bin Musayab dan Bisyr al-Hafi berkata :
“ Tidak ada orang yang benci mati selain orang yang ragu. Kerana seorang kekasih dalam segala waktu pun tidak akan pernah benci berjumpa dengan kekasihnya,”

Ketiga : Menundukkan hawa nafsu.

Allah SWT memberikan sifat orang yang sangat mencintai-Nya :
“ Mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hatinya terhadap barang-barang yang diberikan kepada mereka ( Kaum Muhajirin ) dan mereka mengutamakan orang itu atas diri mereka sendiri walaupun mereka memerlukan barang-barang yang mereka berikan itu.”
(Al-Hasyr:9)
Sahal pernah berkata :
“ Tanda cinta kepada-Nya adalah mendahulukan Allah atas diri sendiri.”
Setiap orang yang mentaati Allah itu hanyalah orang yang menjauhi larangannya. Disamping itu,orang yang mencintai Allah juga akan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan Allah SWT.


Keempat : Sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

Lisannya tidak bosan dan tidak pernah jemu menyebut n berzikir kepada Allah. Suka menginggati Allah, suka membaca Al-Quran, mencintai Rasul-Nya dan mencintai orang yang mencintai Rasul-Nya serta agama-Nya. Oleh itu dia akan meniru segala yang dilakukan oleh orang yang mencintai Rasul-Nya serta agama-Nya.
Sufyan berkata :
“ Sesiapa yang mencintai orang yang mencintai Allah SWT, Sesungguhnya ia telah mencintai Allah. Sesiapa yang memulikan orang yang mengagungkan Allah sesungguhnya ia telah mengagungkan Allah.”

Kelima : Bermunajat kepada Allah SWT.

Mempergunakan kesempatan beribadat kepada Allah pada waktu malamyang penuh ketenangan adalah merupakan salah satu cara atau bukti yang boleh kita praktik kan.
Ibrahim bin Adham pernah ditanya sewaktu turun dari gunung,lalu menjawab :
“ Daripada bersenang-senang dengan Allah.”
Antara tanda cinta kita kepada Allah SWT adalah suka bersenang-senang sewaktu bermunajat dengan kekasih yang dicintai.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. pernah berkata :
“ Sesiapa merasakan kenikmatan kejernihan mencintai Allah, nescaya perhatiannya tercurahkan kepada-Nya dibandingkan semua manusia.’
Muthraf Abu Bakar pula berkata :
“ Orang yang mencintai itu tidak pernah bosan berbicara dengan kekasihnya.”

Keenam : Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu.

Seseorang yang menyintai Allah SWT tidak akan berduka ketika mengalami musibah atau kehilangan sesuatu. Sebaliknya dia akan lebih berduka apabila kehilangan waktu untuk bezikir serta bermunajat kepada Allah dan melakukan amal ketaatan.
Ulama golongan Al-Arifin berkata :
“ Sesungguhnya Allah mempunyai sejumlah hamba yang sangat mencintai-Nya dan memperolehi ketenteraman bersama-Nya. Kehilangan aa sahaja yang dialami tidak meninggalkan bekas sama sekali. Mereka tidak begitu memerhatikan urusan yang berhubung kait dengan keperluan dirinya. Itu terjadi kerana kekuatan yang menguasai diri mereka untuk sempurna dan apa sahaja yang dikehendaki mudah didapati maka apa sahaja yang terlepas daripada mereka,maka direnungkan secara baik.”

Ketujuh : Nikmat melaksanakan ketaatan.

Kewajipan yang diperintahkan Allah dilaksanakan tanpa merasa terbeban atau pun susah.
Ulama Sufi berkata :
“ Aku bangun pada tengah malam selama 20 tahun, selama itu aku benar-benar menikmatinya.”
“ Beramal atas dasar kecintaan tidak akan meletihkan badan.”
Orang yang mengalami kerinduan tidak akan merasa berat menempuh perjalanan untuk memenuhi keinginan bertemu kekasihnya.

Kelapan : Menjalinkan kasih-sayang sesama makhluk.

Orang yang menyintai Allah akan bertindak keras terhadap musuh Allah dan juga orang yang memandang ringan akan perkara yang tidak disukai Allah SWT.
Firman Allah SWT :
“ Mereka keras terhadap orang kafir, tetapi kasih-sayang terhadap sesame mereka.”
(Al-Fath:29)
Bahkan, tidak takut kepada hinaan dan celaan orang dan berani menghadapi kemarahan mereka kepada Allah. Mereka adalah golongan yang amt berani dan tidak akan pernah sesekali gentar akan apa-apa ancaman kerana mereka tahu,syurga telah tersedia buat mereka selepas kematian.

Kesembilan : Takut berpaling daripada Allah SWT.

Kita sebagai hamba perlu menetapkan kecintaan dan ketaatan kita hanya kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar jangan membolak-balik kan hati kita setelah diberikan rahmat dan hidayah daripada-Nya.
Bersyukur lah kita dilahirkan serta dibesarkan dalam islam. Tapi ingat,jangan islam hanya pada i/c sahaja,,berubah lah secara perlahan-lahan menjadi islam yang benar-benar islam.

Nahhh !..
Diatas itu terdapat beberapa bukti yang boleh kita praktik kan serta audit kan didalam diri kita.
Ermm adakah kita mempunyai paling kurang salah satu daripada bukti-bukti ini ?
Mari sama-sam kita mengaudit diri kita.
Saya hamba,
Awak hamba,
Kita hamba,
Owkayhh !! sebagai hamba,mari sama-sama kita menujukkan bukti bahawa kita benar-benar mencintai Allah SWT. Ingat,,jangan hanya dibibir sahaja
(^^,)

P/S : Peringatn buat hamba juga.
(Sutera Bidadari )
(1/2/2014)

(1:34 am )

No comments:

Post a Comment