Saya,,
Saya baru sahaja ingin berubah menjadi lebih baik,
Menjadi lebih baik daripada baik,
Tolong,,
Tolong jangan hina,cemuh,maki saya sesuka hati awak,
Saya juga punya rasa,
Saya juga punya hati,
seperti manusia lain,
Apakah salah jikalau saya ingin kembali kepada fitrah saya,
Iaitu mencintai dan mencari redha Ilahi.
Saya yakin !
Yakin seratus peratus bahawa semua manusia ingin berubah,
Pasti walau sekali,seketika,sekejap cuma,
Saya yakin ada terdetik dihati kalian ingin berubah,
Bukan cuma saya sahaja.
Oleh itu,
Wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi dan sayangi,
Bimbing lah saya,
Ajari lah saya,
Tunjuk kan lah saya,
Perbetul kan lah saya,
Dan tegur lah saya jika saya salah..
Yang dinama kan manusia tu,
Tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Jika kamu lebih baik dari saya,
Bantu saya,
Pimpin saya,
Jangan dihina insan yang baru ingin berhijrah menjadi lebih baik,
Jangan ditohmah insan tersebut..
Jika kamu rasa kamu tidak dapat memberi manfaat kepada mereka,
Maka diam lah.
Kerana itu lebih baik daripada mencerca tidak kira masa.
*lembaran kertas itu dilipat-lipat cantik untuk membentuk sekeping hati,,didalam nya terisi luahan rasa hati si gadis bertudung labuh dan manis itu..
Biar lah,,
Biar lah hanya dia yang mengerti rasa itu..
Hanya dia..*
Psstt : Jadi insan yang cantik dimata ALLAH,bukan hanya cantik dimata manusia :)
- Sutera Bidadari -
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment